Tarikh: 28 Feb 2022
Lokasi: Sarawak
Majlis Amanat Perdana Integriti (MAPi) 2022 (MAPi22) telah diadakan secara hybrid pada 28.2.2022 bertempat di RH Hotel Sibu namun lintas lansung jua diadakan secara maya bersama setiap bahagian di Negeri Sarawak melalui pautan zoom,media sosial (Youtube/Facebook/Zoom) rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia Sarawak (YARM). Program ini telah diadakan oleh Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Pejabat Residen Bahagian Sibu, Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Sarawak dan Yayasan Anti rasuah Malaysia Sarawak.Objektif program adalah untuk penggerak hala tuju dalam membudayakan integrity yang komprehensif,memberi impak positif dimana ia dapat memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh bagi membendung salah laku, jenayah serta pelanggaran tata kelakuan etika organisasi dan mempertingkatkan usaha dalam membudayakan integriti dalam kalangan masyarakat termasuk penjawat-penjawat awam di Malaysia. Untuk peringkat Pentadbiran Sri Aman sebanyak 100 orang peserta yang telah menyertai program ini secara maya yang berpusat di Pejabat Residen Sri Aman, Pejabat Daerah Sri Aman dan di Pejabat Daerah Lubuk Antu.
Hit: 457