Tarikh: 10 Mar 2022
Lokasi: BME Hotel, Sri Aman
Kampung Bakong, Sri Aman, Sarawak adalah merupakan salah satu daripada tiga lokaliti rintis yang telah dikenal pasti oleh Unit Perancangan Ekonomi ( UPE ) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU ), Jabatan Perdana Menteri ( JPM ) bagi tujuan pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Fasa 1 Tahun 2022 untuk mencapai sasaran kemiskinan tegar pada tahun 2025. Terdapat tiga puluh orang Ketua Isi Rumah ( KIR ) telah dipilih untuk menyertai program ini dengan lapan strategi cadangan program untuk Dilaksanakan. Bengkel ini diadakan untuk membincangkan dan memuktamadkan cadangan program, perincian kos setiap program, tempoh pelaksanaan dan pelan pelaksanaan.
Hit: 624