Tarikh: 31 Mar 2022
Lokasi: Komplek Sukan Lubok Antu
Program Integrity Awareness Roadshow 2.0 Tahun 2022 telah diadakan di Kompleks Sukan Lubok Antu pada 31.3.2022. Program ini adalah anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Pejabat Residen Bahagian Sri Aman. Program tersebut telah dihadiri seramai 150 peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan, wakil Ketua Jabatan, Pegawai Kanan jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak serta pegawai dan kakitangan Pentadbiran di daerah Engkilili dan Lubok Antu.Ketua Masyarakat di daerah Engkilili dan Lubok Antu juga turut hadir menyertai program integriti tersebut. Dua orang Penceramah telah memberikan ceramah pada program tersebut iaitu Tuan Azman Bin Ngaridi daripada SPRM dan Encik Angelico Anak Francis Freddy Tiam dari Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Premier Sarawak . Program tersebut turut telah dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Langgong Anak Wasam yang telah mewakili Pegawai Daerah Lubok Antu.
Hit: 675