Tarikh: 26 Aug 2022
Lokasi: Perkarangan Dewan Sri Pantu
Pesta Pantu merupakan pesta yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Sri Aman dahulunya sebelum Daerah Pantu dinaiktaraf sebagai Daerah penuh pada 31 Mac 2022. Pesta ini adalah acara tahunan yang akan diadakan sebelum berlangsungnya Pesta Benak. Pesta ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat dan pengunjung luar daripada Bahagian Sri Aman untuk berkunjung dan menyaksikan persembahan budaya asal seperti Gendang Pampat selain mempromosikan Daerah Pantu. Program ini berbentuk hiburan dan sukan dimana banyak aktiviti diadakan seperti Senamrobik, Sukan Rakyat, Gusti Lengan, Pertandingan Gendang Pampat, Karaoke, Ratu Cantik, Pertandingan Melukis dan Mewarna serta pameran agensi Kerajaan.
Hit: 208