Tarikh: 22 Feb 2022
Lokasi: Hotel Seri Simanggang
Whistle Blower Protection Act Workshop 2022 untuk Pentadbiran Sri Aman telah diadakan pada 22.2.2022 bertempat di Hotel Seri Simanggang, Sri Aman. Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai di kalangan gred 29 ke atas. Penceramah jemputan adalah Tuan Mohammad Yasser Bin Mohd Nazri, yang juga adalah Hakim Mahkamah Sesyen Sri Aman. Objektif bengkel ini adalah untuk menjelaskan mengenai Akta 711 kepada para peserta yang terdiri daripada Pegawai Pentadbiran Bahagian Sri Aman. Ianya juga adalah usaha untuk memerangi rasuah dan salah laku lain (kelakuan tidak wajar) dengan menggalakkan dan memudahkan pemberi maklumat membuat pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam.Selain itu memberi pendedahan tentang perlindungan orang yang membuat pendedahan daripada tindakan yang memudaratkan; dan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat. Ini jua adalah merealisasikan inisiatif yang terdapat di dalam Pelan Anti Rasuah Organisasi Pentadbiran Bahagian Sri Aman.Melalui bengkel ini diharap para peserta dapat memahami Akta 711 agar setiap tindakan dan pendedahan yang bakal dibuat tidak akan bercanggah atau membawa kemudaratan kepada pemberi maklumat terutamanya penjawat awam.
Hit: 524