Tarikh: 13 Apr 2022
Lokasi: Pejabat Residen Bahagian Sri Aman
Program Agihan Bubur Lambuk dan Kempen Keselamatan Jalan Raya telah dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sri Aman pada 13 april 2022 dan pada jam 8.00 pagi hingga selesai. Aktiviti ini bertempat di pekarangan tempat letak kereta Pejabat Residen Bahagian Sri Aman. Seramai 46 kakitangan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman turut terlibat dalam aktiviti memasak bubur lambuk serta juga terlibat dalam mengangkut bubur ke tempat pekarangan. Kakitangan telah diberikan tugasan masing-masing dalam aktiviti tersebut. Pada jam 3.00 petang, Residen Bahagian Sri Aman Dato Indit Bangai turut terlibat dalam pengagihan bubur lambuk yang bertempat di depan pekarangan Taman Panorama Benak.
Hit: 331