Tarikh: 20 Sep 2022
Lokasi: Sri Aman
Unit Integriti, Pejabat Residen Bahagian Sri Aman telah mengadakan ceramah integriti ”Pembudayaan Integriti” yang diadakan bermula pada 28 Julai 2022 hingga 16 ogos 2022. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh AO Josephine Thomas, Pegawai Tadbir Integriti, Unit Integriti Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.Ceramah tersebut telah diadakan secara bersiri di lokasi berikut iaitu Wisma SADA (Siri 1 pada 28/7/2022), Pejabat Daerah Sri Aman (Siri 2 pada 3/8/2022), Pejabat Daerah Lingga (Siri 3 pada 9/8/2022) Pejabat Daerah Pantu (Siri 4 pada 15/8/2022), dan Pejabat Daerah Lubok Antu (Siri 5 pada 16/8/2022).
Seramai 130 orang peserta terdiri daripada pegawai, kakitangan dan KMKK Pentadbiran bahagian Sri Aman yang telah hadir menjayakan ceramah tersebut.Tujuan utama pelaksanaan ceramah integriti ini adalah sebagai asas dalam memupuk dan membudayakan nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam di Pentadbiran bahagian Sri Aman. Melalui ceramah ini, ia mampu memberi kesedaran dan mendorong penjawat awam untuk sentiasa mengutamakan aspek integriti dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Selain itu jua, ceramah integriti ini merupakan salah satu daripada inisiatif untuk pengukuhan integriti yang terdapat di dalam Pelan Anti rasuah Organisasi (OACP) Pentadbiran Bahagian Sri Aman(2021-2025).Objektif ceramah ini diadakan bertujuan untuk membentuk pemikiran yang positif, memberi kesedaran nilai-nilai integriti dalam aspek tugas seharian, meningkatkan komitmen penjawat awam tentang aspek pembudayaan integriti dalam organisasi dan meningkatkan nilai kerja cemerlang dan pengurusan sahsiah kendiri.
Hit: 385