Font Size AAA
 
 
 
 
 
Permohonan Perkahwinan Khas Bukan IslamPermohonan Perkahwinan Khas Bukan Islam


Perakuan Permohonan Perkahwinan Khas Bukan Islam bermaksud untuk meluluskan perkahwinan mengikut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dan Kaedah-kaedah, Seksyen 21(1) tanpa memerlukan pemberitahuan perkahwinan dan memberi kebenaran kepada Pendaftar Perkahwinan untuk mengupacarakan perkahwian dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan ini.
 
Permohonan Perkahwinan Khas Bukan Islam adalah bermaksud:
  • Permohonan Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan Dan Perakuan Untuk Perkahwinan (Lesen Perkahwinan Ekspres)(Seksyen 21 (1)). [Borang JPN.KC01C & Borang JPN.KC02]

  • Permohonan Lesen Perkahwinan Bagi Perempuan Berumur Dibawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun (Seksyen 21 (2)). [Borang JPN.KC01D & Borang JPN.KC02]

  • Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (Seksyen 21 (3)). [Borang JPN.KC01E & Borang JPN.KC02]

 
 Borang/ Dokumen yang perlu dikemukakan
  • Salinan Kad Pengenalan (Lelaki & Perempuan)
  •  Salinan Sijil Kelahiran (Lelaki & Perempuan)
  •  Salinan Kad Pengenalan (Bapa kepada Pihak Perempuan jika beliau dibawah umur (Jika Berkenaan)
  •  Salinan Passport bagi Warga Asing (Jika Berkenaan)
  •  Salinan Surat/Sijil Cerai (bagi yang telah berkahwin)
  •  Surat daripada Pesuruhjaya (untuk Warga Asing)
  •  Surat Akuan Pengesahan Status Perkahwinan
  •  Gambar Berukuran Pasport (Lelaki & Perempuan)
  •  Persetujuan perkahwinan daripada ibubapa (jika pemohon (Perempuan) berumur di bawah 18 tahun tapi genap 16 tahun (Borang JPN.KC01D)       (* Pastikan Ibubapa hadir bersama semasa datang ke Pejabat Residen Bahagian Sri Aman )
  •  Persetujuan perkahwinan daripada ibubapa (jika pemohon (Lelaki & Perempuan) berumur di bawah 21 tahun (Borang JPN.KC018)
  •  Keputusan Semakan Surat Akuan Bujang Luar Negara daripada Pejabat JPN, Putra Jaya (untuk warga asing Republic of China)
  •  Surat ASAL Pengesahan/Perakuan dari Majikan/Ketua (jika pemohon adalah Polis & Tentera)
 
Langkah-Langkah Permohonan
  • Dapatkan Borang (JPN.KC01C @ JPN.KC01D @ JPN.KC01E & Borang JPN.KC02) secara PERCUMA di Jabatan Pendaftaran Negara Bahagian Sri Aman
  • Dapatkan Borang dari JPN Daerah masing-masing - JPN.KC01C / JPN.KC01D / JPN.KC01E & Borang JPN.KC02

  • Bagi Borang JPN.KC02 pastikan bahagian D.2 dimuka surat 4 di tandatangan oleh Majistret/Pesuruhjaya Sumpah sebelum berurusan di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman . 

  • Sebelum Pemohon datang ke Pejabat Residen Bahagian Sri Aman  sila buat panggilan ke talian 083-322011 untuk membuat temujanji dan memastikan Tuan Residen berada di pejabat ini kerana hanya Tuan Residen yang mempunyai  kuasa untuk menandatangani ketiga-tiga borang tersebut.

  • Bagi permohonan Lesen Perkahwinan Gadis Bawah Umur (Borang JPN.KC01D & Borang JPN.KC02), pastikan Ibubapa hadir bersama semasa datang ke Pejabat Residen Bahagian Sri Aman .

  • Selesai berurusan di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman pemohon akan pergi semula ke JPN tempat pemohon berurusan sebelum ini untuk urusan selanjutnya.

 
Yuran Proses Permohonan sebanyak RM100 bagi (Lesen Perkahwinan Ekspres) dan RM10.00 bagi (Lesen Perkahwinan Gadis Bawah Umur) akan dikenakan kepada pemohon. 
 
Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman
Masa akan diambil lebih kurang dalam 30 minit dengan kehadiran Tuan Residen di pejabat.
 
Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Lesen Perkahwinan Khas.
Puan Irene Rekie, Setiausaha Pejabat N27
(Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau di talian 083-322011)