Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Pejabat Residen Bahagian

Kami Berusaha Akan Memberikan Perkhidmatan Yang Mesra Dan Terbaik Kepada Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan Perkhidmatan Kami Seperti Berikut:

  1. Permohonan Lesen Perkahwinan Sivil Khas diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  2. Permit Kutipan Awam dilulus dan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  3. Keputusan Permohonan Lesen Sabong Ayam dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  4. Permohonan Perkhidmatan Kredit Komuniti diluluskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  5. Permohonan Pindah Hak Milik Senapang Patah diputuskan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  6. Keputusan Lembaga Perumahan A & B dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah Lembaga bermesyuarat.
  7. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  8. Penyelarasan bantuan bencana kepada mangsa diuruskan dalam tempoh satu (1) hari setelah berlakunya bencana.
  9. Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat / Kenderaan/ Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  10. Penyeliaan Mahkamah Bumiputera didengar dan diputuskan dalam tempoh tiga (3) bulan.

Piagam Pelanggan Pejabat Daerah 

Kami Berjanji Akan Memberi Perkhidmatan Yang Mesra Dan Terbaik Kepada Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan Perkhidmatan Kami Seperti Berikut:

  1. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) atau Probet diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  2. Permohonan Sijil Anak Angkat diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  3. Permohonan Pindah Milik Senapang Patah dikeluarkan permit dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian di Sarawak.
  4. Permohonan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  5. Pembatalan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Revocation of BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  6. Pengeluaran Ekstrak Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Extract of BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  7. Pindaan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Amendment of BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.