Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Sukacita dimaklumkan bahawa acara Benak Idol 2022 akan diadakan pada 11 September 2022 bertempat di tebingan Batang Lupar Sri Aman sempena Pesta Benak Sri Aman 2022. 

unnamed.jpg

Syarat-syarat Penyertaan :

1.    Pertandingan ini TERBUKA kepada mana-mana INDIVIDU yang berminat dan berumur 13 tahun ke atas sahaja.
2.    Belum pernah merakamkan Album atau menandatangani Kontrak dengan mana-mana Syarikat Rakaman.
3.    Yuran Penyertaan  RM 20.00
4.    Pemilihan Lagu adalah BEBAS kecuali lagu berirama 'Trash, Heavy Metal, Black Metal, Punk, Underground serta lagu-lagu        
       berbentuk perkauman dan Lucah tidak dibenarkan sama sekali.
5.    Setiap peserta WAJIB menyediakan sendiri lagu yang dinyanyikan dalam bentuk CD / Pendrive.
6.    Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah Teknikal semasa Pertandingan dilangsungkan.
7.    Panel Penilai Profesional akan dilantik oleh pihak Pengelola dan keputusan Hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak
       diterima.
8.    Segala Kos Perbelanjaan bagi menyertai Pertandingan ini adalah ditanggung oleh peserta itu sendiri.
9.    Pihak Penganjur tidak akan bertanggung jawab ke atas apa jua kemalangan / kehilangan harta benda, kerugian, sebelum,
       semasa dan selepas pertandingan.    
10.  Sesi Cabutan Undi giliran akan diadakan pada 08/09/2022 ( Khamis )  pada jam 3.00 ptg bertempat di Kompleks Sukan Sri Aman.
11.  Tarikh Pertandingan Benak Idol iaitu pada 11/9/2022 ( AHAD ) jam 8.00 pagi – 5.00 ptg Peringkat Saringan  dan
       Peringkat  Akhir pada Jam 8.00 malam. Seramai 10 orang sahaja yang akan dipilih ke Peringkat Akhir Pertandingan.
12.  Pihak Penganjur berhak meminda / menambah apa jua syarat yang tidak terkandung atau yang tidak ditetapkan dari  semasa  ke
       semasa.
13.  Borang penyertaan bolehlah di dapati di alamat :
          a. Pejabat Majlis Seni Sarawak, Bahagian Sri Aman,d/a Jalan Lapangan Terbang Lama, 95000 Sri Aman, Sarawak. 
       
14.  Sebarang Pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyelaras Program, Encik Abang Shahfian bin Abang Ibrahim  
       di Talian 013-8143535 (Hp)   Majlis Seni Sarawak, Bahagian Sri Aman

       Tarikh Tutup Penyertaan : 7 September 2022 ( Rabu jam 2.30 petang )