TENTANG SRI AMAN
Bahagian Sri Aman atau dahulu dikenali sebagai Simanggang, terletak di Selatan Negeri Sarawak dengan berkeluasan 5,446.3 km persegi dan populasi penduduk sebanyak 106,500 orang. Kaum Iban adalah penduduk majoriti di Sri Aman dengan 71,500 orang yang diikuti oleh kaum Melayu iaitu 20,000 orang. Terdapat empat daerah di dalam Bahagian Sri Aman iaitu Daerah Sri Aman, Daerah Lingga, Daerah Pantu, Daerah Lubok Antu dan daerah kecil Engkilili.