Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Lubok Antu

27 Jul 2024 - 27 Jul 2024, Dewan Pemancha Chua Teng Yew, Pekan Lubok Antu
Pejabat Residen & Pejabat Daerah
Objektif Ekspo Pendidikan Sarawak

1. Menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan yang ada di Sarawak khususnya institusi di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Sarawak / Yayasan Sarawak.

2. Menyediakan pilihan kepada pelajar sama ada mengikuti kursus bercorak akademik atau kemahiran.

3. Menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada pelajar dan lepasan SPM khususnya di kawasan-kawasan luar bandar mengenai peluang pendidikan yang ada di Sarawak untuk mereka.

4. Memberi peluang kepada pelajar untuk mendaftarkan diri memasuki institusi yang terlibat.

Faedah Kepada Pelajar

1. Kemasukan pelajar ke institusi yang terlibat akan dijamin mendapat bantuan dan pinjaman daripada Yayasan Sarawak

2. Pelajar yang layak dan terpilih berpeluang untuk mengikuti program Bahasa Inggeris (EEP) secara PERCUMA di Swinburne, UTS dan Curtin selama sebulan yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sarawak meliputi yuran kursus, wang saku (RM300.00) dan asrama.

3. Pelajar yang layak akan mendapat bantuan kemasukan ke IPT/Institusi kemahiran (RM1000.00-RM1,500.00).

4. Pelajar yang layak akan mendapat subsidi 80% yuran pengajian di Swinburn, UTS, i-Cats dan Kolej Laila Taib di bawah bursari BP40.



 


image Undian
image Pengumuman