Sambutan Hari Wanita Sarawak (HW24): Sarawak Women In Innovation and Technology Peringkat Daerah Dan Program Wanita dan Keluarga Bersempena HW24

10 Aug 2024 - 10 Aug 2024, Pejabat Daerah Lubok Antu
Pejabat Daerah Lubok Antu
Pada 10 ogos sambutan hari wanita telah berlansung dengan jayanya yang bertempat di Pejabat Daerah Lubok Antu. Tujuan program ini diadakan adalah bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan wanita dalam pelbagai bidang serta memperkasakan kesedaran masyarakat tentang kepentingan peranan wanita dalam perkembangan dan pembangunan negara. Seramai 5 orang ketua kaum, 15 orang ahli PERKEP, 14 orang dari Pejabat Daerah Lubok Antu, 5 orang ahli NADI, 2 orang dari Pejabat Daerah Engkilili dan 2 orang penceramah yang terdiri daripada golongan wanita yang menghadirkan diri dalam program Sambutan Hari Wanita Sarawak 2024. Selain itu, 2 orang ketua masyarakat juga turut dijemput bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari 
Wanita Sarawak 2024. 

Program dimulakan dengan pendaftaran yang bertujuan untuk mengumpulkan maklumat tetamu yang menghadirkan diri. Program diteruskan dengan aktiviti zumba yang berlangsung selama 15 minit, dan minum pagi. Program diteruskan dengan sesi ceramah daripada Cik Talita Beth anak Anthony dari Sri Aman Digital Innovation Technology Hub yang bertajuk “Revolutionizing the Future: Women’s Impact on Innovation and Technology.” Seterusnya program dilanjutkan dengan majlis perasmian oleh yang amat berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg melalui “live streaming” yang diadakan di RH hotel, Sibu secara dalam talian. Sebelum program berakhir, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh En.Mohamad Syafiq Bin Midin selaku Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Lubok Antu.

Akhir sekali, program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan serta sesi pemotongan kek dan sesi bergambar. Kesimpulannya, Sambutan Hari Wanita Sarawak 2024 kali ini bukan sahaja berjaya memupuk kesedaran tentang kepentingan peranan wanita, bahkan dapat mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Diharapkan agar sambutan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus menyemarakkan semangat kesetaraan jantina dan memperkasakan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.




image Undian
image Pengumuman