Operasi Bersepadu Program Penguatkuasaan Bagi Membanteras Isu Penyalahgunaan Dadah Dan Subtance Melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Anjuran OSC MIDS Daerah Lubok Antu

26 Aug 2024 - 26 Aug 2024, Pejabat Daerah Lubok Antu
Pejabat Daerah Lubok Antu
Pejabat Daerah Lubok Antu melalui OCS MIDS Daerah Lubok Antu telah berjaya menganjurkan satu Operasi Bersepadu Program Penguatkuasaan Bagi Membanteras Isu Penyalahgunaan Dadah & Subtance Melalui Program Sekatan Jalan Raya (SJR). Program operasi bersepadu tersebut dilaksanakan pada:

Tarikh   : 26 Ogos 2024 (Isnin)
Masa    : 7.00 Pagi - hingga selesai
Tempat : Jalan Betong - Sri Aman (Sedarat) 
 
Seramai dua puluh lima (25) orang yang telah terlibat semasa operasi bersepadu tersebut dan terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu, termasuk Pegawai dan Kakitangan daripada Pejabat Daerah Lubok Antu dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sri Aman. 

Tujuan utama operasi tersebut bersama agensi-agensi terlibat adalah sebagai usaha bersepadu untuk memerangi dan membanteras penyalahgunaan dadah dan subtance dalam kalangan masyarakat setempat. Disamping itu, pihak AADK juga menjalani Ujian Saringan Air Kencing (Urine Test) terhadap individu secara rawak. Antara golongan individu tersebut terdiri daripada pemandu kenderaan berat dan panjang seperti lori dan bas. Melalui Ujian Saringan Air Kencing (Urine Test) tersebut, 2 individu telah didapati positif penggunaan dadah dan dikenakan tindakan lanjut. Dalam masa yang sama, para pemandu juga telah diingatkan tentang bahaya penyalahgunaan dadah. 

Kesimpulannya, Sekatan Jalan Raya tersebut ditangguhkan pada sekitar pukul 11.00 pagi. 


 


image Undian
image Pengumuman