Program Kesedaran Penyalahgunaan Dadah dan Subtance Anjuran One Stop Commitee (OSC) Menangani Isu Dadah dan Subtance (MIDS) Daerah Lubok Antu

29 Aug 2024 - 29 Aug 2024, Rh. Rebicca anak Junting, Lipat Ulu, Skrang
One Stop Commitee (OSC) Menangani Isu Dadah dan Subtance (MIDS) Daerah Lubok Antu
Pada 29 Ogos 2024, Program Kesedaran Penyalahgunaan Dadah & Substance Zon Komuniti - Biro MIDS Kawasan Penghulu Apo anak Latit. Tujuan program ini diadakan adalah bagi menyedarkan masyarakat mengenai bahaya dan risiko yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang, serta kesan buruknya terhadap kesihatan, kesejahteraan mental, dan kehidupan sosial. Seramai 21 buah rumah panjang, 2 orang tetamu kehormat iaitu Tuan Akoi anak Ejau dan Tuan (DSP) Victor anak Ripon, 2 orang pencemarah iaitu Tuan Mohd Azri bin Azman dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lubok Antu dan Tuan Shanadon anak Pinda dari Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Sri Aman, 4 agensi pempamer yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lubok Antu, AMANITA IPD Lubok Antu, Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Lubok Antu dan Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu dan 9 orang dari Pejabat Daerah Lubok Antu yang menghadirkan diri dalam Program Kesedaran Penyalahgunaan Dadah & Substance Zon Komuniti - Biro MIDS Kawasan Penghulu Apo anak Latit. Selain itu, 2 buah sekolah iaitu SK Nanga Lidong dan SK Tabut turut dijemput bagi memeriahkan lagi program.
 
Program dimulakan dengan pendaftaran yang bertujuan untuk mengumpulkan maklumat tetamu yang menghadirkan diri. Program diteruskan dengan minum pagi dan persediaan pameran daripada agensi terlibat. Program diteruskan dengan sesi perkongsian 1 daripada Tuan Mohd Azri bin Azman dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lubok Antu yang bertajuk “Ceramah Anti Dadah & Pengetahuan Undang-Undang Berkenaan Dadah”. Selepas tamat program, para tetamu diberikan masa untu sesi soal jawab dan rehat. Program diteruskan dengan sesi perkongsian 2 daripada Tuan Shanadon anak Pinda dari Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Sri Aman yang bertajuk “Jenis-Jenis Dadah & Kesan Penyalahgunaan Dadah”. Sebelum program berakhir, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh TR Rebicca anak Junting dan Penghulu Apo anak Latit, ucapan dan amanat daripada Ketua Polis Daerah Lubok Antu iaitu Tuan (DSP) Victor anak Ripon dan ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Akoi anak Ejau selaku Pemangku Pegawai Daerah Lubok Antu. Akhir sekali, program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan sesi bergambar.
 
Kesimpulannya, Program Kesedaran Penyalahgunaan Dadah & Substance Zon Komuniti kali ini bukan sahaja berjaya memupuk kesedaran masyarakat mengenai bahaya dan risiko yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, bahkan dapat mencegah penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang dengan menyediakan maklumat dan sokongan kepada individu, terutamanya golongan muda, untuk membuat pilihan yang sihat dan positif. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus kerana kesedaran bukanlah sesuatu yang boleh dicapai sekali sahaja. Program ini membantu mengekalkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, terutama bagi generasi baru yang mungkin belum terdedah kepada maklumat tersebut.






 


image Undian
image Pengumuman