picture
 

Pendaftaran Anak Angkat


 

Pendaftaran anak di Sarawak adalah ditadbir mengikut Adoption Ordinance (Bab 91). Perhubungan di antara anak angkat dan ibu bapa angkat adalah sama seperti anak kandung serta menikmati semua hak & keistimewaan seseorang anak disah taraf dari segi obligasi dan estet ibu bapa angkat.

  

Siapa yang layak memohon ?

Tertakluk kepada peruntukan Adoption Ordinance, sesiapa sahaja boleh mengangkat anak dengan memenuhi syarat-syarat seperti berikut :-

 •  Ibu bapa angkat adalah sihat dan siuman untuk menjaga seseorang anak angkat

 •  Ibu bapa angkat mempunyai keupayaan munasabah untuk menyara anak angkat mengikut status social ibu bapa angkat sehingga anak berkenaan mencapai usia 18 tahun

 •  Ibu bapa angkat hendaklah merupakan pasangan yang mempunyai perkahwinan yang sah atau sebagainya

 •  Ibu bapa angkat mesti berumur lebih daripada 21 tahun dan sekurang-kurangnya 20 tahun lebih tua daripada anak angkat

 

Cara memohon

Ibu bapa kandung atau penjaga yang sah kepada anak yang ingin diangkat dan ibu bapa angkat perlu hadir bersama di Pejabat Daerah atau Pejabat Daerah Kecil di Daerah ibu bapa angkat bermastautin.

Dokumen-dokumen asal serta fotostat yang perlu di bawa adalah seperti berikut :-

•  Sijil Kelahiran anak yang hendak diangkat

•  Kad Pengenalan ibu bapa kandung atau penjaga yang sah dan ibu bapa angkat

•  Sijil Perkahwinan ibu bapa angkat (Jika pemohon sudah kahwin)

  

Tempoh permohonan

Semua permohonan yang mempunyai dokumen-dokumen sokongan yang sempurna dan telah dipersetujui oleh ibu bapa kandung atau penjaga yang sah dan ibu bapa angkat akan diluluskan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja bagi permohonan yang dikemukakan di Pejabat Daerah Sri Aman dan satu bulan bagi permohonan yang dikemukakan di Pejabat Daerah Kecil Lingga dan Pantu tertakluk kepada Pegawai Daerah Sri Aman berada di pejabat pada masa itu.


Pembatalan pengangkatan 

Tidak ada pengangkatan boleh dibatalkan kecuali diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi atau sebab-sebab seperti berikut :-

•  Ibu bapa angkat telah memperlakukan anak angkat sehingga mengakibatkan kesihatan anak angkat terancam

•  Ibu bapa angkat tidak berkeupayaan untuk menyara dan menjaga anak berkenaan atau

•  Di dalam semua keadaan di mana pengangkatan harus dibatalkan demi kepentingan anak berkenaan

•  Jika sesuatu pengangkatan telah dibatalkan oleh Mahkamah, segala hak anak angkat dan bapa angkat tersebut akan dihapuskan dan anak berkenaan akan kembali ke status asal yang sah sebagai anak kepada ibu bapa kandung.


Peringatan

Kanak - kanak perempuan tidak boleh di angkat oleh seorang lelaki sahaja ( bapa angkat sahaja )contohnya lelaki bujang atau duda.


 

Nota : Anak orang Islam tidak boleh diangkat oleh orang-orang yang bukan beragama Islam.

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2021 Pentadbiran Bahagian Sri Aman
Last Updated On 24 Apr 2024

MASA OPERASI :
Isnin hingga Khamis
8:00am to 1:00pm
2:00pm to 5:00pm

Jumaat
8:00am to 11:45
2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Pejabat ditutup
picture Undian
picture Pengumuman