picture

News

 

Dayang Noorazah tinjau pembinaan blok baharu SJKC Chung Hua Lingga

Posted on 27 May 2023
Source of News: Utusan Borneo
Dayang Noorazah (empat kanan) menyampaikan dana kepada SJKC Chung Hua Lingga kepada Khoo (empat kanan) sambil diperhatikan oleh Kueh (lima kanan) serta yang lain.
 

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hua Lingga hari ini.

Lawatan itu bertujuan melihat sendiri kemajuan projek pembinaan blok-blok baharu sekolah berkenaan. 

Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan tambahan sejumlah RM100,000 bagi menampung kos pembinaan sekolah tersebut. 

Pada masa sama, Dayang Noorazah menyaksikan penyerahan sumbangan perabot bagi kegunaan sekolah oleh wakil syarikat Chun Yang Construction. 

“SJKC Chung Hua Lingga masih banyak memerlukan dana untuk menyiapkan projek pembinaan blok pentadbiran, kelas dan dewan. 

“Dianggarkan sejumlah RM2.8 juta dana harus dikumpul untuk menyiapkan secara keseluruhan projek tersebut,” katanya.

Beliau berharap usaha tersebut mendapat perhatian kerajaan negeri dan masyarakat agar sekolah itu dapat digunakan warga pendidik dan anak-anak daerah Lingga.

Turut hadir Temenggung Kuek Aik Seng, Kapitan Wilson Chai, Kapitan Wong Tiong Kee, Kapitan Kueh Siaw Hong, Ong Cheng Tiam selaku Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJK(C) Chung Hua Lingga, Chong Kui Min selaku Pengarah Leyland Construction dan Khoo Hui Guan selaku Guru Besar SJKC Chung Hua Lingga.