picture

Lesen Sabung Ayam

 

Lesen Sabung Ayam


BORANG / DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN

1. 1 salinan borang permohonan

2.     3 keping gambar setiap orang bagi pemohon dan pemunggut

3.  1 salinan Minit mesyuarakat akhir bagi Persatuan/ Jawatankuasa

4. 1 salinan penyata akaun bank

5. 1 salinan fotostat kad pengenalan bagi permohonan dan pemungut


LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN

1. Terima dan semak permohonan (memastikan permohonan adalah lengkap sebelum permohonan dapat diproses).

2. Mengemukakan surat permohonan tersebut kepada Ketua Polis Daerah untuk tapisan keselamatan.

3. Permohonan diterima kembali (Sekiranya lulus tapisan keselamatan)

4. Catat tindakan dan ulasan dalam Buku Daftar dan Rujuk permohonan kepada Residen untuk keputusan.

Sekiranya Diluluskan

5. Catat keputusan dalam Buku Daftar dan copkan “LULUS” pada borang. Maklumkan pemohon supaya membuat pembayaran.

6. Sediakan borang B, C dan D untuk disemak Oleh Pegawai Tadbir dan Pegawai Tadbir kemukakan kepada Residen untuk di tandatangan dan kembalikan kepada Pegawai Tadbir Serahkan borang, surat litup & arah penganjur tandatangan dalam Buku Daftar

7. Agih salinan lessen kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,  Pegawai Daerah & Ketua Polis Daerah dan buat catatan dalam Buku Daftar. (Tamat)

Sekiranya Ditolak    

8. Copkan “DITOLAK” pada borang dan maklumkan kepada pemohon. (Tamat)