Piagam Pelanggan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman

 

Piagam Pelanggan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman


Pejabat Residen Bahagian Sri Aman beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mesra kepada pelanggan dengan :
  1. Permohonan Lesen Perkahwinan Sivil Khas diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  2. Permit Kutipan Awam dilulus dan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  3. Keputusan permohonan Lesen Sabong Ayam dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  4. Permohonan Perkhidmatan Kredit Komuniti diluluskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  5. Permohonan Pindah Hak Milik Senapang Patah diputuskan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  6. Keputusan Lembaga Perumahan A dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari setelah Lembaga bermesyuarat.
  7. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  8. Penyelarasan bantuan bencana kepada mangsa diuruskan dalm tempoh satu (1) hari setelah berlakunya bencana.
  9. Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat/ Kenderaan/ Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  10. Penyeliaan Mahkamah Bumiputera didengar  dan diputuskan dalam tempoh      (   ) bulan.
  11. Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh satu (1) hari.