picture

News

 

Lachau berpotensi sebagai pusat pemprosesan makanan organik

Posted on 06 Jul 2023
Source of News: TVS
LACHAU, 6 Julai: Kerajaan menyediakan tanah kira-kira dua hektar bagi membangunkan Pekan Lachau sebagai pusat pemprosesan makanan organik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata projek ini dijangka akan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
“Kerajaan mahu bangunkan Pekan Lachau ini sebagai sebuah pekan organik oleh kerana limpahan hasil makanan dan buah-buahan tempatan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Simbolik Penyerahan Bendera Sarawak kepada ketua-ketua masyarakat di sini, hari ini.
Apabila Lebuhraya Pan Borneo siap sepenuhnya, beliau yakin ia mampu menyumbang terhadap perkembangan pendapatan penduduk di kawasan berkenaan. – TVS