picture

News

 

Sumbangan RM207,700 untuk 22 persatuan, kelab di Sri Aman

Posted on 07 Jul 2023
Source of News: TVS

SRI AMAN, 7 Julai: Sumbangan berjumlah RM207,700 diserahkan kepada 22 persatuan termasuk 12 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi berkata sumbangan berupa cek ‘Outright Grant’ (pemberian langsung) itu turut diterima kelab dan persatuan gereja, Sekolah Rendah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Dengan adanya sumbangan itu beliau memohon kepada ketua masyarakat agar memanfaatkan peruntukan tersebut dengan baik serta mengikut keperluan dalam menganjurkan aktiviti kemasyarakatan masing-masing.

“Peruntukan ini merupakan ‘Outright Grant’ kepada penduduk di kawasan Parlimen saya untuk kegunaan mereka melakukan aktiviti masing-masing.

“Penyerahan cek ini bertujuan untuk keperluan yang diperlukan termasuk keperluan yang mendesak dalam kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek ‘Outright Grant’ di Pusat Khidmatnya, di Sri Aman, pada Jumaat. -TVS