picture

News

 

Syarikat pembuatan keluli Korea Selatan minat melabur dalam tenaga baharu Sarawak – Awang Tengah

Posted on 03 Aug 2023
Source of News: TVS

SEOUL, 2 Ogos: Syarikat pembuatan keluli dari Korea Selatan, Posco Holdings berhasrat ingin meneroka peluang pelaburan dalam sektor tenaga baharu termasuk hidrogen dan projek penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang mengalu-alukan minat syarikat itu serta berharap mereka meneliti peluang pelaburan projek-projek berkaitan di negeri ini.Menerusi satu kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), hari ini, sektor-sektor itu diperkenalkan selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 negeri ini.

Terdahulu, pada Selasa, Awang Tengah telah mengadakan satu pertemuan dengan Naib Presiden Eksekutif, Unit Hidrogen Posco Holdings, Cho Ju Ik dalam lawatan rasminya ke Seoul, Korea Selatan.

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk memperbaharui persahabatan dengan Posco Holdings yang juga telah banyak terlibat dalam beberapa projek di Malaysia.

Untuk rekod, POSCO merupakan syarikat pembuatan keluli iaitu ibu pejabatnya bertampat di Pohang, Korea Selatan.

Syarikat berkenaan mempunyai pengeluaran 42,000,000 tan metrik (41,000,000 tan panjang; 46,000,000 tan pendek) keluli mentah pada tahun 2015, menjadikannya pembuat keluli keenam terbesar di dunia.

Pada 2010, mengikut nilai pasaran, ia merupakan syarikat pembuatan keluli terbesar di dunia dan pada 2012, serta ia disenaraikan sebagai syarikat ke-146 terbesar di dunia oleh Fortune Global 500.

POSCO kini mengendalikan dua kilang keluli bersepadu di Korea Selatan iaitu di Pohang dan Gwangyang.- TVS


Tags: Korea Selatanmintredpembuatan keluliPOSCOsarawaktenaga baharu