picture

News

 

Hospital Sri Aman, Miri berjaya lakukan 68 pembedahan menerusi Inisiatif Pembedahan Global

Posted on 07 Aug 2023
Source of News: TVS

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Dato Sri Dr Sim Kui Hian bersama yang lain pada Majlis Perasmian Kongres Saintifik Tahunan 2023 Persatuan Pakar Anestesiologi Malaysia dan Kolej Pakar Anestesiologi di Kuching, hari ini. Foto: UKAS



KUCHING, 4 Ogos: Hospital Sri Aman dan Hospital Miri dipilih sebagai lokasi Inisiatif Pembedahan Global (GSI) anjuran Persatuan Pakar Anestesiologi Malaysia (MSA) dan Kolej Pakar Anestesiologi baru-baru ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif berkenaan membabitkan 37 pembedahan di Hospital Sri Aman pada 12 hingga 19 Mac.Menurutnya, 31 pembedahan berjaya dilakukan di Hospital Miri pada 24 hingga 28 Julai.

“Ini salah satu daripada beberapa projek tanggungjawab sosial korporat pertama di dalam negara di mana pakar bedah, pakar bius, jururawat dan profesional penjagaan kesihatan swasta bergabung tenaga untuk bekerjasama dengan sistem kesihatan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kongres Saintifik Tahunan 2023 Persatuan Pakar Anestesiologi Malaysia (MSA) dan Kolej Pakar Anestesiologi, Akademi Perubatan Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan insiatif berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian. – TVS


Tags: Abang Johari Tun OpengglobalHospital MiriHospitam Sri Amanpembedahan