picture

News

 

Sarawak tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2023

Posted on 10 Aug 2023
Source of News: TVS

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berucap dalam Mesyuarat Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Wisma Bapa Malaysia. Foto: UKAS


KUCHING: Sarawak sekali lagi menjadi tuan rumah sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 16 September ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata sambutan bertemakan ‘Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ itu akan berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini.Menurut beliau Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dijadualkan menyempurnakan sambutan berkenaan.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isterinya, Datin Seri Julia Salag juga bakal hadir.

“Sarawak selalu dirujuk sebagai contoh semangat perpaduan yang begitu baik sekali. Baru-baru ini, slogan “Segulai, Sejalai” dipilih kerana kita sentiasa bersatu padu dan sepakat dalam mempertahankan perpaduan,” katanya yang merupakan menteri bertanggungjawab untuk sambutan tersebut.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Rabu.

Julaihi mengakui sambutan kali ini merupakan satu penghormatan kepada Sarawak yang sekali lagi menjadi tuan rumah.

Menurutnya beberapa persembahan yang telah dirancang seperti Persembahan Khas: Musical “Segulai, Sejalai”, Persembahan daripada 3 wilayah: Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Konsert Rakyat.

Dalam pada itu, menurutnya mesyuarat hari ini diadakan untuk mengemaskini persiapan bagi mesyuarat seterusnya bersama Kementerian Komunikasi dan Digital yang akan diadakan pada 14 Ogos depan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (Pembangunan Bakat), Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Penerbangan dan Jalan Raya), Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (Pembangunan Kanak-kanak), Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur), Ir. Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan), Dr. Ripin Lamat, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Martin Ben, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee serta Ketua-Ketua Jabatan. – TVS


Tags: peringkat kebangsaanSambutan Hari Malaysiasarawaktuan rumah