picture

News

 

Kerajaan Sarawak lulus RM30 juta laksana projek fasa dua tukun tiruan

Posted on 14 Aug 2023
Source of News: TVS

TANJUNG MANIS, 12 Ogos: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk melaksanakan projek penanaman tukun tiruan fasa kedua di Kuala Rajang.

Sebelum ini projek pertama dilaksanakan membabitkan kos bernilai RM70 juta.

Len Talif menyempurnakan simbolik penanaman tukun tiruan ‘reef ball’ di Jeti Kampung Rajang, pada Sabtu. Foto: UKAS.

Len Talif menyempurnakan simbolik penanaman tukun tiruan ‘reef ball’ di Jeti Kampung Rajang, pada Sabtu. Foto: UKAS.


Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek itu bakal memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dalam tempoh jangka panjang.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sudah meluluskan peruntukan berkenaan supaya kita dapat meneruskan kerja menanam tukun tiruan ini bagi tujuan komersial, aktiviti joran dan sebagainya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC),” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menyempurnakan penanaman tukun tiruan ‘reef ball’, di Jeti Kampung Rajang di sini hari ini.

Program dianjurkan oleh SFC, syarikat Pembinaan Tukun Bebola (Sarawak) Sdn. Bhd. dan Dasanrama Sdn. Bhd.

Sehubungan itu, Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, Abang Johari akan melakukan pemantauan untuk melihat perkembangan terkini projek penanaman tukun tiruan di pesisir pantai di Belawai yang dilaksanakan pada 2018. -TVS

Tags: Abang Johari Tun Opengkuala rajanglen talif sallehprojek penanaman tukun tiruan