News

 

Pesta Pantu Jadi Tarikan Lebih 1,500 Pengunjung

Posted on 28 Aug 2023
Source of News: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)
 

PANTU: Pesta Pantu yang diadakan sejak 25 Ogos 2023 telah menarik kira-kira 1,500 pengunjung.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata, pesta selama tiga hari itu turut dimeriahkan dengan pelbagai acara.

“Pesta Pantu adalah nama yang sesuai untuk pesta ini selain daripada Pesta Tapah.

“Pesta Pantu sudah dimasukkan dalam kalendar pelancongan kerana ia dapat memberikan tarikan pelancong daripada luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Pantu di Pentas Utama Dewan Sri Pantu pada Jumaat.

Sementara itu tambahnya, pesta berkenaan dapat mengeratkan perpaduan kaum selaras dengan hasrat kerajaan yang menginginkan rakyat di negeri ini “Segulai Sejalai”. -EDISI UKAS