picture

News

 

2,500 peserta menyertai Benak Road Trail Run 2023

Posted on 18 Sep 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Para peserta yang mengambil bahagian dalam Benak Road Trail Run di Sri Aman hari ini.
Para peserta yang mengambil bahagian dalam Benak Road Trail Run di Sri Aman 
 

SRI AMAN: Kira-kira 2,500 peserta menyertai Benak Road Trail Run 2023 anjuran Sokanjaya Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman sempena Pesta Benak Sri Aman di Waterfront Sri Aman hari ini.

Program Benak Road Trail Run itu menandakan bermulanya acara Pesta Benak Sri Aman 2023 pada tahun ini. 

Benak Road Trail Run kali ini dibahagikan kepada jarak 10 kilometer kategori Terbuka dan Veteran Lelaki dan Wanita serta 5 kilometer untuk kategori Fun Run. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis menjelaskan terdapat peningkatan sedikit penyertaan program ini berbanding tahun lepas.

Dalam pada itu, Harden turut diberi penghormatan untuk melakukan pelepasan peserta program tersebut.

Turut diberi penghormatan melakukan pelepasan para peserta ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Elvis Didit, Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Minjo Simanding serta wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mass Halinda.

Dalam pada itu, Program Benak Rioad Trail Run turut diserikan dengan acara senamrobik di hadapan Astaka Waterfront Sri Aman sebagai pembudayaan ke arah budaya hidup sihat sambil memanaskan badan Sebelum larian dimulakan.