Ubah Suai Venue Sukan Tinju Selesai
Posted on 09 Aug 2024
Source of News: UKAS
SRI AMAN: Kerja-kerja untuk mengubah suai Stadium Tertutup Sri Aman yang menjadi venue penganjuran acara tinju sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 kini siap sepenuhnya.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu memberitahu, kini stadium tertutup tersebut hanya tinggal kerja-kerja pemasangan peralatan dan kelengkapan sahaja lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Stadium Tertutup Sri Aman pada Rabu.
Dato Gerald yang juga ‘Chef de Mission’ (CDM) Kontinjen Sarawak berpuas hati dengan prestasi yang memberangsangkan dari pihak kontraktor yang mana mereka berjaya menyiapkan satu venue yang luas dan selesa kepada atlet dalam masa yang telah ditetapkan.
Memandangkan sukan tinju merupakan satu acara tarikan dan hangat sempena SUKMA nanti, beliau menyeru kepada masyarakat untuk hadir untuk menyaksikan dan memberi sorakan kepada atlet Sarawak yang akan bertanding kelak.
Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Charlie Keling dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKMA XXI Sarawak 2024 Dr Mohd Shafiq