News

 

Kerajaan Sarawak Salur Bantuan, Tingkatkan Prasarana SK Batang Ai

Posted on 13 Aug 2024
Source of News: UKAS


L
UBOK ANTU
: Kerajaan Sarawak terus menyalurkan bantuan bagi meningkatkan prasarana di Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Ai untuk kemudahan warga sekolah.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi telah menyalurkan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM150,000 untuk membina gelanggang sukan SK Batang Ai manakala RM70,000 lagi disalurkan untuk memulakan Projek Susur Gajah sekolah tersebut.

Penyerahan dana tersebut dibuat dalam Majlis Merarau Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Batang Ai di Lubok Antu pada Sabtu.

Dalam kesempatan itu juga, Roy turut menyalurkan dana MRP sebanyak RM10,000 kepada PIBG sekolah berkenaan untuk menganjurkan aktiviti mereka di masa yang akan datang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh turut menyumbang RM400,000 di bawah dana projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk membina baharu Dewan Penghulu Burung.

Penyerahan dana tersebut dibuat oleh Pegawai Tadbir Khas beliau, Jack Meredan dalam majlis yang sama. -EDISI UKAS