SUKMA 2024: Pasukan Tinju Sarawak Layak Ke Separuh Akhir
Posted on 20 Aug 2024
Source of News: UKAS
SRI AMAN: Pasukan tinju Sarawak layak ke pusingan separuh akhir pada edisi Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.
Clarkson Evans Tom layak ke pusingan separuh akhir setelah menumpaskan lawannya Muhamad Mukhriz Khan dari Pulau Pinang dalam kategori 48 kilogram (kg).
Manakala Lam Wee Ling menang dengan pukulan Knock Out (KO) menewaskan Muhd Shahil Adika dari Terengganu dalam acara light 60kg.
Anderton Tee Hieng Tie juga berjaya menewaskan Jass Mizal Jasirin dari Sabah dalam acara Walter 67kg manakala Gideon Riquelme Jonathan menang menentang Muhamad Haziq Aiman dari Johor dalam kategori Middle 75kg.
Dalam pada itu, Bradley Jilan Kennedy menang menentang Muhd Asri Danish dari Wilayah Persekutuan dalam kategori Cruiser 86kg.
Sementara itu, seorang peninju wanita Sarawak, Patricia Jaquilina Bruce telah diumumkan sebagai pemenang 'work over' dalam kategori wanita 48 kg.
Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) Dato Rahman Lariwoo berkata, Sarawak akan menjadi penganjur terbaik bagi sukan tinju SUKMA XXI dan berharap akan menjadi juara keseluruhan.
“Pretasi semua peninju Sarawak berada ditahap yang terbaik dengan lapan peninju telah berjaya ke separuh akhir dan tujuh layak ke suku akhir.
“Pasukan tinju Sarawak kali ini telah diberi latihan yang secukupnya agar pasukan tinju dapat menyumbang emas kepada Sarawak,”katanya dalam sidang media selepas menyaksikan perlawanan itu di sini pada Ahad.
Lebih manis lagi, kehadiran Kilat Boy, Daelonial McDelon yang menyaksikan perlawanan itu juga sokongan kepada pasukan tinju Sarawak untuk membangkitkan semangat mereka.-EDISI UKAS