Program Ikrar Bebas Rasuah Pentadbiran Bahagian Sri Aman 2023
Program Ikrar Bebas Rasuah Pentadbiran Bahagian Sri Aman telah diadakan pada 31 Januari 2023 di Eden Restaurant, Simanggang.Program ini telah dihadiri lebih kurang 300 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, wakil ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, Pegawai Badan Berkanun,KMKK, Pengurus masjid dan gereja serta dan pegawai dan kakitangan Pentadbiran bahagian Sri Aman (RANDO). Program ini telah dirasmikan oleh Residen bahagian Sri Aman, Tuan Abang Mohamad Porkan bin Abang Budiman. Dua orang penceramah telah dijemput khas untuk memberi ceramah iaitu Tuan Leong Bon Huat @ AD Leong , Ikon Anti Dadah Negeri Sarawak dan Tuan Mohd. Firdaus Ramlan Penceramah daripada CJ Global dengan tajuk ceramah Tumbuk Rusuk, Pengkisahan dari Tirai Besi. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan nilai integriti dalam kalangan pejawat awam dan memberi kesedaran tentang bahaya dan akibat jenayah rasuah terhadap organisasi dan negara.Trend Program IBR pada tahun ini menunjukkan peningkatan jumlah peserta yang lebih ramai bebanding tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa sambutan pejawat awam dan KMKK terhadap program ini mendapat sambutan yang menggalakan.