Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. PENGESAHAN DOKUMEN / SIJIL

Pengesahan dokumen boleh dilakukan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional ( Gred 41 dan ke atas) dan diwajibkan untuk membawa dokumen/sijil asal untuk rujukan pegawai sebelum pengesahan dilakukan.

2. PROSEDUR AKUAN SUMPAH

  1. Pelanggan yang datang untuk urusan akuan sumpah hendaklah hadir di hadapan Majistret yang dilantik. 
  2. Pemohon tidak boleh mewakilkan orang lain untuk bagi pihaknya semasa akuan sumpah dilakukan. 
  3. Pemohon juga hendaklah membawa borang akuan sumpah sendiri jika membuat akuan peribadi dan membawa borang akuan dari jabatan/agensi yang memerlukan proses akuan bersumpah.

3. PERMOHONAN UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

  1. Pelajar yang berminat untuk menjalani Latihan Industri di pejabat ini hendaklah menghantar permohonan melalui surat rasmi yang dikeluarkan oleh institusi pendidikan masing-masing.
  2.  Pejabat ini akan menghubungi pelajar atau institusi pendidikan tersebut sekiranya permohonan diluluskan.

4. PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN BILIK MESYUARAT PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN SRI AMAN

Jabatan atau Agensi yang hendak menggunakan Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sri Aman hendaklah membuat panggilan terlebih dahulu dan seterusnya menghantar surat permohonan rasmi untuk menempah tarikh dan masa untuk menggunakan bilik mesyuarat.

Pejabat Residen Bahagian Sri Aman 

Jalan Astana, 95000, Sri Aman, Sarawak. 

No. Tel  : 083 - 322704 (Encik Eddyrus Bujang) 

No. Fax : 083 - 320568 (Pentadbiran) / 083 - 321648