Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan tambahan RM8.6 juta untuk menaik taraf kemudahan pengajian tinggi di Sarawak
Disiarkan pada 08 Mar 2024
Sumber Berita: Borneo Post Online
KUCHING (7 Mac): Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM8.6 juta bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Sarawak sempena program Semarak Kampus Madani yang diadakan pada Selasa dan Rabu.
Dalam satu kenyataan hari ini, KPT memaklumkan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM4.8 juta diikuti Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan sebanyak RM2 juta.
“Julung kali Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menerima peruntukan penyelenggaraan kemudahan usang melibatkan tiga Politeknik dan enam Kolej Komuniti dengan jumlah peruntukan tambahan RM1.88 juta.
“Tidak lupa kerja-kerja menaik taraf penyediaan kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU). Peruntukan tambahan ini adalah usaha menyokong hasrat Kerajaan Madani untuk menyediakan kemudahan dan ekosistem pendidikan yang kondusif dan berkualiti bagi melahirkan bakat terbaik untuk negara,” kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyatakan bahawa program itu turut melibatkan sesi penglibatan bersama IPT swasta bagi memperkasakan sistem pengajian tinggi negara.
“Pelbagai produk inovasi, pencapaian peserta turut dipamerkan sepanjang program, menunjukkan ekosistem pengajian tinggi berada di landasan yang betul dan turut menggabungkan elemen keusahawanan serta memperkasakan masyarakat setempat,” jelas kenyataan itu.
Program Semarak Kampus Madani akan meneruskan perjalanan ke 15 zon lain dengan aktiviti berimpak yang melibatkan IPT awam dan swasta serta masyarakat sehingga memberi impak yang cukup besar terutama dari segi pembangunan, infrastruktur dan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Among the activities carried out include engagement sessions with IPT staff and students , ‘Bicara Santai DocZam’, ‘Bedah Buku Bersama DocZam’, food preparation programmes, and recreational activities. – Bernama