News

 

Seorang melecur, rumah terbakar di Kampung Hilir, Sri Aman

Posted on 27 Mar 2025
Source of News: Suara Sarawak

SRI AMAN: Sebuah rumah separuh kekal di Jalan Surau, Kampung Hilir, musnah dalam kebakaran tengah hari tadi, mengakibatkan seorang penghuni melecur.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12:38 tengah hari sebelum mengerahkan anggota ke lokasi.


Pasukan bomba memadam api kebakaran.

“Setibanya pasukan operasi di lokasi, didapati rumah tersebut telah terbakar sepenuhnya.

“Pasukan segera menjalankan pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan bahawa jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Selepas memastikan keadaan selamat dan api dipadam sepenuhnya, pasukan operasi kembali ke balai.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun kejadian ini menjadi peringatan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap risiko kebakaran.