News

 

SADA di Lan Berambeh Anak Sarawak 2025

Posted on 28 Oct 2025
Source of News: Sri Aman Development Agency Facebook
SADA telah menyertai Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025.

Penyertaan dalam pameran ini diketuai oleh Tn Mahra bin Salleh, Residen Bahagian Sri Aman merangkap Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA. Turut hadir bersama ialah En. Alfred Geling anak Ason, Pegawai Tadbir Khas SADA, En. Roslan Bin Mohd Ismail, Pegawai Tadbir Pembangunan Sosial SADA, En. Gailreth anak Mukit, Pegawai Pertanian Pembangunan Pertanian SADA, Pn. Machelle anak Lenggang dan Pn. Elizabeth Umay anak Joseph.

Sebagai pempamer di Kampung Kamek Pavilion, penyertaan ini menjadi platform penting bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif,projek/program serta peranan SADA kepada rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia.

Sepanjang pameran, booth SADA menerima kunjungan ramai pengunjung termasuk pelajar, komuniti profesional dan warga Sarawak yang hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranan serta aktiviti SADA.

Selain itu, booth SADA turut menerima kunjungan daripada barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Sarawak, antaranya:

1. Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

2. Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak

3. Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak

4. Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak merangkap Koordinator Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam

5. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen,

6. Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Negeri Sarawak.

Kehadiran para pemimpin ini mencerminkan sokongan padu terhadap usaha SADA dalam memperkasakan pembangunan sosial dan ekonomi di Bahagian Sri Aman melalui pendekatan bersepadu dan inklusif.

Selain bahan pameran bercetak, pihak SADA turut menampilkan paparan digital interaktif bagi memudahkan pengunjung merujuk maklumat mengenai Sri Aman dan SADA dengan lebih terperinci.

Pelbagai aktiviti interaktif turut diadakan di booth SADA seperti Kuiz Kenali Beras di Sri Aman, Kuiz Pakaian Tradisional di Sri Aman dan Kuiz Kenali Sri Aman yang berjaya menarik minat serta penyertaan ramai pengunjung.

SADA mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan mengunjungi booth pameran kami sepanjang program ini!