Sri Aman, 20 Dis – Sri Aman dijangka menjadi lebih dekat dengan Kuching dalam masa terdekat susulan pembinaan lebuh raya empat lorong yang sedang dibangunkan ketika ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan jalan tersebut akan memendekkan tempoh perjalanan antara Sri Aman dan Kuching kepada sekitar satu jam sahaja.
Menurut beliau, keadaan itu secara tidak langsung menjadikan Sri Aman seolah-olah sebahagian daripada Kuching dari segi jarak dan masa perjalanan.
“Kalau perjalanan hanya mengambil masa satu jam, ini bermakna Sri Aman menjadi sebahagian daripada Kuching dari segi jarak. Orang yang bekerja di Kuching juga boleh tinggal di Sri Aman,” katanya.
Lebuh raya berkenaan akan menghubungkan kawasan Lingga, Sebuyau dan Samarahan sebelum menuju ke Jambatan Sejingkat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Sri Aman hari ini.
Wartawan: DICKIN
Foto: UKAS