Berita

 

Terabai Menua Tatau bantu keluarga kanak-kanak cerebral palsy

Disiarkan pada 14 Sep 2026
Sumber Berita: Utusan borneo

SIBU: Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak (Terabai Menua) Cawangan Tatau menyalurkan bantuan kebajikan kepada Ronell Wilson, 11, yang menghidap cerebral palsy di Tatau, baru-baru ini.

Bantuan berupa lampin pakai buang itu diserahkan Pengerusi Cawangan Augustine Peter Salang kepada ibu Ronell, Elizabeth Jelian bagi membantu memenuhi keperluan penjagaan harian serta meringankan beban keluarga.

Sumbangan tersebut mencerminkan keprihatinan dan komitmen persatuan dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya kanak-kanak berkeperluan khas serta keluarga yang memerlukan sokongan.

Pihak persatuan berharap bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan membantu meningkatkan kesejahteraan Ronell serta keluarganya.

Usaha kebajikan seperti ini akan terus diperkasakan sebagai tanda solidariti dan kepedulian terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan.