8–9 Julai 2026 | Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak
Pentadbiran Bahagian Sri Aman telah mengadakan Bengkel Pemurnian Program Strategic Performance Plan (PSPP) pada 8 hingga 9 Julai 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Bengkel ini telah disempurnakan dengan kehadiran Encik Mahra bin Salleh, Residen Bahagian Sri Aman, bersama barisan pengurusan, iaitu Encik Frank Anak Lani, Pemangku Timbalan Residen merangkap RBB Champion, Encik Shariff bin Bujang, Pegawai Daerah Sri Aman, Encik Akoi Anak Ejau, Pegawai Daerah Lubok Antu, Encik Josephson Louis Anak Nako, Pemangku Pegawai Daerah Lingga, serta Encik Stanley Anak Randy, Pemangku Pegawai Daerah Pantu.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab sebagai Responsible Person bagi Outcome KPI dan Output KPI.
Bengkel ini adalah bertujuan untuk menyemak, memurnikan dan menambah baik dokumentasi Strategic Performance Plan (PSPP), di samping melengkapkan pengisian maklumat dalam Sistem PREMAS sebagai persediaan bagi pelaksanaan proses seterusnya.
Sesi bengkel telah difasilitasi oleh Puan Rachel Deborah Doset selaku RBB Trainer dan Puan Lily Karina Binti Zainal selaku RBB Focal Person, yang turut membimbing peserta dalam memastikan setiap Outcome KPI dan Output KPI diselaraskan dengan objektif strategik organisasi serta memenuhi keperluan pelaporan dalam Sistem PREMAS.
Semoga hasil bengkel ini dapat memperkukuh pelaksanaan pengurusan prestasi strategik Pentadbiran Bahagian Sri Aman ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan, berimpak tinggi dan berorientasikan hasil.