Lawatan Kerja Menteri Muda Pertanian Sarawak ke Kawasan Jelapang Batang Lupar Sri Aman
Lawatan Rasmi Menteri Muda Pertanian Sarawak ke Kawasan Jelapang Batang Lupar Sri Aman telah dijalankan pada 11 dan 12 Disember 2018 iaitu ke Tapak Projek NKEA Padi Batang Lupar, Stumbin Paddy Seed Processing and Production Centre (SPPC) dan Fasiliti Pengairan. Lawatan ini juga merangkumi taklimat daripada agensi-agensi yang terlibat iaitu Jabatan Pertanian Sri Aman, IADA Batang Lupar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, BERNAS dan HMN Nadhir Sdn. Bhd.